Breeding Programme

 

Program pembiakan babi di Denmark – DanAvl

DanAvl merupakan program pembiakan babi Denmark yang telah beroperasi semenjak tahun 1890s. 

DanAvl  ditubuhkan oleh peladang-peladang babi di Denmark dan dikendalikan oleh Pusat Penyelidikan Babi Denmark ('Danish Pig Research Centre').  Program pembiakan DanAvl bertanggungjawab untuk memajukan sistem ginetik pada semua produk daging babi dari DanAvl.  Oleh itu, ia memainkan peranan yang penting dalam industri daging babi.

Tujuan DanAvl ialah memastikan sistem pembiakan babi yang boleh memenuhi permintaan pelanggan, iaitu memberi hasil yang berqualiti dan mampu membawa kesan positif kepada kesuluruhan ekonomi serta industri ini.  Program pemilihan untuk pembiakan babi DanAvl berdasarkan data dari keseluruhan populasi babi penternakan, termasuk prestasi haiwan, kesuburan dan ciri-ciri bangkai haiwan. 

Kemajuan ginetik yang nyata telah dicapai melalui pemilihan teliti, serta meningkatkan kecekapan industri ini.  Keputusan baik dari usaha tersebut termasuk babi yang berpotensi untuk memberi hasil yang lumayan seperti kesuburan yang tinggi, hayat yang lebih panjang, daging yang bermutu tinggi, kehilangan dari proses penyembelihan yang rendah dan potensi pembangunan ginetik yang berterusan.  

Program Pengacukan di DanAvl

Program pembiakan di DanAvl mempunyai dua jenis talian babi betina: DanAvl Landrace dan DanAvl Yorkshire (Large White), dan talian babi jantan untuk industri daging (terminal sire): DanAvl Duroc.

DanAvl Landrace dan DanAvl Yorkshire (Large White) adalah pilihan yang sesuai untuk melahirkan babi betina.  Kedua-dua baka babi ini mempunyai ciri-ciri seperti kesuburan yang tinggi, keupayaan keibuan yang baik dan daging yang bermutu tinggi.

Pembiakan pengacukan pertama di antara talian babi betina ialah DanAvl hybrid (LY/YL).  DanAvl hybrid ini merupakan pilihan paling popular di kalangan peladang-peladang komersial sebagai ibu babi betina.  Pengajian sudah membuktikan DanAvl hybrid betina boleh melahirkan 1.5 lebih anak babi setiap kitaran kehamilan daripada DanAvl Landrace dan Yorkshire baka jati. 

Talian babi jantan matang ('terminal sires') dalam program pengacukan DanAvl ialah DanAvl Duroc.  Talian ini menunjukkan keupayaan mengawan yang baik.  Pengajian yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Babi Denmark ('Danish Pig Research Centre') mengenai perbandingan antara kombinasi baka mengawan yang berbeza menunjukkan DanAvl Duroc baka jati adalah talian babi jantan matang yang boleh membawa hasil ekonomi yang terbaik.

Licenced By

 

 

Kryds

 

 

 

 

 

 

 

Purata hasil pengeluaran du Denmark dengang menggunakan DanAvl Hybrid betina dan DanAvl Duroc jantan

 Anak babi bercerai susu babi betina setiap tahun

   30.2

 Kelahiran hidup setiap kitaran kehamilan

   15.4

 Anak babi bercerai susu setiap.kiraran kehamilan

   31

 Berat bila bercerai susu (kg)

   7.0

 Kitaran kehamilan setiap babi betina setiap tahun

   2.25