About DBI

 

Latar belakang Syarikat DanBred

DanBred International (DBI) bekerjasama dengan pengeluar-pengeluar makanan komersil di tahap antarabangsa dalam bidang genetik pembiakan babi. Sebagai syarikat perkhidmatan penuh kepada pengeluar daging babi komersil, DBI membekalkan stok pembiakan babi DanAvl (GGP, GP, F1 dan babi jantan untuk industry daging (terminal sires) dan air mani, serta penyelasaian dalam pengurusan genetik pembiakan untuk industri daging babi.  Keutamaan kami ialah menaiktarafkan qualiti pembiakan dan sistem pengendalian penternakan yang optimum untuk pelanggan-pelanggan kami menerusi potensi genetik yang sediaada dalam skim pembiakan DanAvl.

DBI menawarkan peluang perniagaan yang bernilai tinggi serta berkos rendah (= ROI tinggi)  sebagai pembekal stok genetik pembiakan babi yang cekap serta memberi penyelesaian genetik yang beruntung untuk peladang-peladang babi komersial di seluruh dunia.  Oleh itu, DBI menyediakan nilai yang unggul kepada pelanggan kami melalui:

  • Mutu yang tinggi dan ROI yang tinggi – penyelesaian genetik yang direkabentuk khas dan diubahsuaikan untuk memenuhi permintaan pelanggan kami. Kami pasti perkhidmatan unggul kami boleh dibezakan daripada pilihan lain dalam pasaran.

  • Pelaksanaan proses yang berqualiti tinggi dan menjaminkan operasi pengeluaran harian yang optimum. Selain itu, kami memastikan rantai pengeluaran yang optimum dan profesional dari ladang penternakan kepada industri daging babi komersil di seluruh dunia. Kami selalu mengutamakan penyelesaian genetik, kesihatan, langkah-langkah kawalan penternakan dan pengurusan sebagai faktor-faktor utama untuk kejayaan.

  • Kami mengutamakan pendekatan mesra serta pengetahuan yang mendalam mengenai setiap pelanggan kami ( 'trusted advisor') serta mewujudkan nilai untuk pelanggan kamu sebagai perbezaan strategik kami. DBI mengutamakan kerjasama jangka panjang dan pakatan strategik dengan setiap pelaburan pelanggan kami.

  • Menawar perkhimatan-penuh dengan penyelesaian berintegrasi untuk memastikan pelanggan kami mendapat produk dan perkhidmatan yang optimum yang memenuhi permintaan tertentu mereka. DBI menjamin perkhidmatan yang unggul berdasarkan pengetahuan mendalam mengenai strategi dan keperluan perniagaan pelanggan kami.

DBI ditubuhkan pada tahun 1972 dan dimiliki oleh DanAvl dengan koperatif peladang-peladang yang bekerjasama dengan DanAvl.  Setiap tahun, DBI menjual lebih kurang 150,000 ekor stok pembiakan babi kepada pelanggan-pelanggan dari lebih 30 negara di Amerika Selatan, Amerika Utara, Europah, Afrika dan Asia.